Ha, ini aku nak bercerita sikit lah tentang hasil kajian aku yang aku buat sepanjang habiskan masa cuti selepas spm free dekat rumah ibu ayah ni hhehehe.
Aku pun cuba lah buat banyak research pasal kos farmasi dekat Malaysia ni dan antara universiti yang terkenal yang banyak menawarkan kos perubatan macam farmasi ialah Uitm Puncak Alam, Selangor. Selain dekat selangor, Unisza aka Universiti Sultan Zainal Abidin dekat Terengganu pun ada menawarkan kos macam ni juga. Cuma, aku confuse ajelah nak apply yang mana satu sebab dua-dua Uni ni memang favourite aku, tambah-tambah lagi Unisza. Almaklumlah Universiti berkonsepkan islam, suasana dekat situ pun tenang, nyaman dan damai. Dekat Terengganu kauu
Uitm Puncak Alam pulak dekat kota, kira bersebelahan jugak lah tu dengan Kuala Lumpur. Kalau ada masa lapang boleh lah aku fly pergi Klia ke Pavi ke lepak ahahah kalau ada rezeki pulak terjumpak K-idol yang datang Malaysia. Ha, bahagiaanyaaaa
Tapi tapi, aku ni bukannya jenis yang kaki sosial. Aku takut tau dengan strangers, nak senyum pun maca, tak ikhlas je so baik aku diam dan tunduk. Bukan nak bersikap kurang ajar ke, cuma iyalah dah memang lumrah aku. So, ayah aku ada cakap yang kalau hati beria-ia nak jugak sambung belajar jauh-jauh, aku kena pandai berdikari sendiri. macam naik bas. fuh kau, bab ni yang paling aku lemah ni.
Seumur hidup aku tak pernah lagi lah naik bas sensorang, pergi lawatan sekolah dulu pun dengan cikgu kawan-kawan apa semua. kalau dengan family pulak, ada ayah pakngah maksu apa semua tu so tak adalah takut sangat. Sekarang ni, nak kena naik bas seorang diri weh. Fuh, belum pergi sana lagi aku dah boleh bayang betapa terkial-kialnya aku bila pertama kali naik bas.
Takut dan gelisah tu memang tak boleh nak lari. Lesen motor pulak tak ada. Tahu tak sebab apa aku tak ambil lesen lagi sampai sekarang? Sebab aku takut. Bukan takut mahal ke apa, takut kena marah kena tengking dengan pegawai dekat institut latihan memandu itulah. Masa dekat asrama dulu pun kawan-kawan selalu jugak bercerita pasal pengalaman ambil lesen ni.
Lepas dengar dorang bercerita, terus terdiam aku. Duk bayang lah jugak kalau aku kat tempat dorang masa tu, tengah nak bawa motor. sekali kena tengking ha, mau menangis tersedu-sedan aku dekat situ.
Lagi satu, aku ni seorang yang jenis lambat sesuaikan keadaan dekat persekitaran baru. Masa first time masuk asrama sekolah dulu pun aku ambil masa empat lima bulan nak sesuaikan diri. Nak urus masa, basuh baju, turun makan , waktu tidur apa semua tu lah.Jadi, aku cuba sebaik yang mungkin untuk manfaatkan cuti panjang lepas spm ini untuk buat research sebanyak yang mungkin sebab aku pun masih confuse sama ada nak ambil diploma atau matriks dulu.
Haa, itu ajelah entry aku buat kali ini. Kalau ada masa lapang aku update lagi, ya. Okay bye, Assalamualaikum!